BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 12, 2009

'The Solution – Focused Model'

‘The solution – focused model’ merupakan suatu model yang digunakan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Tujuan utama model ini diperkenalkan adalah untuk meningkatkan kefungsian sosial klien untuk bertindakbalas dengan persekitaran sekelilingnya. Selain itu, model ini digunakan untuk membantu meningkatkan keupayaan seseorang klien dalam menyelesaikan masalah serta memilih jalan yang terbaik bagi mengatasinya.

‘The solution – focused model’ turut digunakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh individu, kumpulan mahupun keluarga. Model ini digunakan oleh seseorang pekerja sosial apabila klien menghadapi masalah untuk berjumpa akibat daripada kesuntukan masa dan sebagainya. Model ini sangat berkesan dalam menangani masalah yang dihadapi oleh klien.

Terdapat pelbagai pengaruh antaranya pengaruh dari segi ekonomi yang telah memaksa pekerja sosial dan agensi yang memberikan tekanan ke atas kecekapan dan had masa untuk berjumpa dengan klien untuk menjalankan sesi kaunseling mahupun terapi.
Model ini juga mengandungi beberapa prinsip yang boleh digunakan semasa berhadapan dengan klien. Antaranya ialah bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh klien, perubahan dan penyesuaian masalah yang cepat adalah penting bagi memberikan kesan yang positif keatas diri klien.

Klien juga tidak perlu melakukan sesuatu perubahan yang akan memberikan kelegaan daripada perasaan ’distress’. Dalam menangani masalah yang dihadapi oleh klien, kebimbangan diantara perkara yang perlu dan tidak perlu dilakukan adalah penting.
Disamping itu, adalah tidak perlu untuk memahami penyebab kepada masalah klien dalam menyelesaikan masalah.

Terdapat banyak jalan penyelesaian dalam memahami sesuatu situasi. Selain itu, terdapat juga banyak cara untuk menggambarkan sesuatu keadaan dan menyelesaikan masalah yang memerlukan perhatian. Kerjasama daripada klien sangat penting bagi menggambarkan perkara atau situasi yang sebenarnya berlaku dan pekerja sosial akan sedaya upaya membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien.

Kebiasaannya, klien terdiri daripada individu atau keluarga yang mempunyai idea, kekuatan dan sumber dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Sebelum menyelesaikan masalah, punca masalah hendaklah dikenalpasti dan pekerja sosial akan memberi sokongan kepada klien dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Sebagai contoh, Puan Latifah iaitu seorang suri rumah yang menghadapi masalah setelah kematian suaminya. Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Puan Latifah berjumpa dengan pekerja sosial dan menceritakan masalah yang dihadapinya. Antaranya ialah Puan Latifah mengalami masalah dari segi kewangan terutamanya untuk perbelanjaan anak sekolah, untuk perbelanjaan dapur, bil dan sebagainya. Menurut model ini, Puan Latifah hendaklah bertenang, cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Selain itu, pekerja sosial hendaklah membantu Puan Latifah dengan mencari jalan penyelesaian dengan mengetahui kelebihan yang ada pada Puan Latifah. Antaranya ialah Puan Latifah sangat berminat dalam perniagaan kraf tangan oleh sebab itu, pekerja sosial hendaklah membantunya dengan mencari suntikan modal, mencari peluang untuk memasarkan produk, menambahkan pengalaman dengan menyertai seminar dan sebagainya. Keadaan ini boleh mengatasi masalah yang dihadapi oleh Puan Latifah.

Sebagai kesimpulannya, seseorang pekerja sosial hendaklah menggunakan ‘The solution– focused model’ dalam mengkategorikan apa perubahanyang klien lakukan dan adakah klien sudah bersedia untuk berubah. Selain itu, seseorang pekerja sosial hendaklah cuba untuk menganalisis dan memahami masalah yang dihadapi oleh klien. Pekerja sosial juga hendaklah menggunakan pelbagai kemahiran dan teknik bagi memastikan klien dapat mengawal masalah yang dihadapi dan seterusnya mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya.

0 comments: