BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 21, 2009

Kerja Sosial Dan Wawasan 2020...

Kerja sosial dan Wawasan 2020 merupakan suatu indikator yang sangat penting untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara industri yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan ini bukan sekadar meliputi aspek ekonomi sahaja tetapi juga aspek politik, sosial, budaya, psikologi dan kerohanian. Melalui dasar Wawasan 2020, terdapat 9 cabaran yang perlu dilalui. Antaranya ialah membentuk sebuah Negara bangsa yang bersatu padu. Cabaran ini merupakan cabaran yang paling asas dan utama. Menerusi Kerja sosial dan Wawasan 2020, kita dapat lihat kedua- duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu meningkatkan kefungsian sosial individu, kelompok, dan masyarakat dan seterusnya melahirkan sebuah Negara bangsa yang bersatu padu yang mestilah dicirikan oleh kesejahteraan. Rakyat dapat menikmati kehidupan bersama yang sejahtera dan berkongsi persamaan hak dan keadilan. Apabila kesejahteraan ini wujud barulah boleh membentuk sebuah “Bangsa Malaysia” yang sangat menyanjung tinggi masa hadapan yang dikongsi bersama, yang taat setia dan sanggup melakukan apa sahaja terhadap bangsa tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan pembentukan sebuah Negara bangsa yang bersatu padu dalam aspek Kerja Sosial.

Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri juga dapat dipraktikkan melalui profesion Kerja sosial dan dasar Wawasan 2020. Cabaran ini dapat dipraktikkan oleh seorang pekerja sosial dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh individu, kelompok dan masyarakat. Cabaran ini juga mestilah ada dalam masyarakat bagi mewujudkan warga yang cukup tangkas untuk menghadapi segala halangan, warga yang tidak terkongkong jiwanya, berani dan yakin dalam mengejar kejayaan. Keadaan ini akan menyebabkan masyarakat di Negara kita akan disanjungi dan dihormati oleh semua Negara lain.

Cabaran yang seterusnya ialah membangunkan masyarakat demokratis yang matang. Bagi membangunkan masyarakat demokratis yang matang, aspek kemajuan dari segi pendapatan, perbelanjaan bukanlah segala-galanya. Aspek politik sangat penting dalam mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, tolong-menolong, bekerjasama dan sebagainya. Sebagai seorang pekerja sosial, mereka bertanggungjawab untuk mewujudkan dasar bagi kesejahteraan masyarakat. Selain itu, hak rakyat untuk melibatkan diri dalam pentadbiran dan pemerintahan Negara juga pengukur kemajuan. Oleh yang demikian, untuk melahirkan masyarakat yang maju, masyarakat Malaysia mestilah dibentuk untuk menjadi sebuah masyarakat demokratik yang matang berasaskan muafakat, tolak ansur. Fenomena yang dibentuk mungkin akan dicontohi oleh Negara-negara membangun yang lain.

0 comments: