BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 3, 2009

Cabaran kebajikan sosial pada hari ini dan masa depan

Malaysia merupakan salah sebuah Negara membangun yang sangat mementingkan kebajikan sosial rakyat berteraskan kepada konsep 1 Malaysia. Kebajikan sosial mempunyai maksud yang luas dan mengarahkan kepada kerja sosial, kebajikan umum dan program atau aktiviti yang berkaitan. Selain itu, kebajikan meliputi aspek fizikal, pendidikan, mental, emosi, spiritual dan keperluan ekonomi yang akhirnya membawa kepada peningkatan sosial dan kesejahteraan hidup manusia. Kebajikan sosial juga dikaitkan dengan satu sistem institusi sosial dalam masyarakat. Mengikut Zastrow (2000) mendefinisikan bahawa kebajikan sebagai “usaha untuk merubah atau meningkatkan keadaan sejahtera, baik dari segi fizikal, mental dan sosial ”.

Terdapat beberapa isu yang menjadi cabaran dalam kebajikan sosial pada hari ini dan masa depan. Antaranya ialah dari segi ekonomi. Di Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan salah satu institusi yang ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat. Antara tujuan utama JKM ditubuhkan adalah untuk membantu masyarakat yang berada didalam kesusahan terutamanya masalah dari segi kewangan. Namun pada hari peningkatan golongan yang menghadapi masalah telah menyebabkan peruntukan untuk sektor kebajikan sosial meningkat dan membebankan kerajaan. Mengikut Laporan Bajet 2005, perbelanjaan bagi sektor sosial adalah RM7.6 billion pada tahun 2005 dan peruntukan sebanyak RM141.6 juta untuk pembangunan kebajikan sosial.

Cabaran kedua yang terdapat di dalam kebajikan sosial ialah peningkatan masalah sosial. Keadaan ini berlaku ekoran daripada kepesatan pembagunan Negara di persada antarabangsa terutama dalam aspek ekonomi, sosial dan politik. Ekoran daripada perkembangan inilah, negara kita telah dilandai oleh budaya hedonisme. Budaya ini telah melonggarkan sistem kawalan sosial di negara kita dan telah menyebabkan keruntuhan akhlak dikalangan generasi muda. Antara contoh budaya hedonisme ialah pergaulan bebas, seks rambang, pengambilan dadah dan alkohol,dan sebagainya. Fenomena ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan wang ringgit bagi membendung masalah ini.

Cabaran yang ketiga ialah dari segi politik. Di dalam kebajikan sosial, karenah birokrasi dari sesetengah pihak telah menyebabkan rakyat menghadapi masalah. Kebanyakan peruntukan kewangan yang diberikan oleh kerajaan tidak sampai ke tangan rakyat. Selain itu, dasar yang dibuat oleh kerajaan kadangkala membebankan rakyat terutamanya golongan miskin.

Globalisasi juga merupakan salah satu cabaran yang terdapat di dalam kebajikan sosial. Seperti yang kita ketahui, globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit. Sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini mungkin melahirkan perhubungan antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia. Keadaan ini telah menyebabkan Negara menghadapi masalah akibat daripada globalisasi.

0 comments: