BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 21, 2009

Kerja Sosial Dan Wawasan 2020...

Kerja sosial dan Wawasan 2020 merupakan suatu indikator yang sangat penting untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara industri yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan ini bukan sekadar meliputi aspek ekonomi sahaja tetapi juga aspek politik, sosial, budaya, psikologi dan kerohanian. Melalui dasar Wawasan 2020, terdapat 9 cabaran yang perlu dilalui. Antaranya ialah membentuk sebuah Negara bangsa yang bersatu padu. Cabaran ini merupakan cabaran yang paling asas dan utama. Menerusi Kerja sosial dan Wawasan 2020, kita dapat lihat kedua- duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu meningkatkan kefungsian sosial individu, kelompok, dan masyarakat dan seterusnya melahirkan sebuah Negara bangsa yang bersatu padu yang mestilah dicirikan oleh kesejahteraan. Rakyat dapat menikmati kehidupan bersama yang sejahtera dan berkongsi persamaan hak dan keadilan. Apabila kesejahteraan ini wujud barulah boleh membentuk sebuah “Bangsa Malaysia” yang sangat menyanjung tinggi masa hadapan yang dikongsi bersama, yang taat setia dan sanggup melakukan apa sahaja terhadap bangsa tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan pembentukan sebuah Negara bangsa yang bersatu padu dalam aspek Kerja Sosial.

Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri juga dapat dipraktikkan melalui profesion Kerja sosial dan dasar Wawasan 2020. Cabaran ini dapat dipraktikkan oleh seorang pekerja sosial dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh individu, kelompok dan masyarakat. Cabaran ini juga mestilah ada dalam masyarakat bagi mewujudkan warga yang cukup tangkas untuk menghadapi segala halangan, warga yang tidak terkongkong jiwanya, berani dan yakin dalam mengejar kejayaan. Keadaan ini akan menyebabkan masyarakat di Negara kita akan disanjungi dan dihormati oleh semua Negara lain.

Cabaran yang seterusnya ialah membangunkan masyarakat demokratis yang matang. Bagi membangunkan masyarakat demokratis yang matang, aspek kemajuan dari segi pendapatan, perbelanjaan bukanlah segala-galanya. Aspek politik sangat penting dalam mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, tolong-menolong, bekerjasama dan sebagainya. Sebagai seorang pekerja sosial, mereka bertanggungjawab untuk mewujudkan dasar bagi kesejahteraan masyarakat. Selain itu, hak rakyat untuk melibatkan diri dalam pentadbiran dan pemerintahan Negara juga pengukur kemajuan. Oleh yang demikian, untuk melahirkan masyarakat yang maju, masyarakat Malaysia mestilah dibentuk untuk menjadi sebuah masyarakat demokratik yang matang berasaskan muafakat, tolak ansur. Fenomena yang dibentuk mungkin akan dicontohi oleh Negara-negara membangun yang lain.

Tuesday, October 20, 2009

A System Perpective : The Pincus – Minahan Model





A System Perpective : The Pincus – Minahan Model merupakan suatu model yang ditulis oleh Allan Pincus dan Anne Minahan pada tahun 1973. menurut model ini, perpective system terbahagi kepada dua iaitu target system dan action system. Tujuan kedua-dua system adalah untuk mencapai matlamat yang sama iaitu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien.

Berdasarkan A System Perpective : The Pincus – Minahan Model, terdapat dua system iaitu target system dan action system. Di dalam target system, sesuatu masalah yang dihadapi oleh klien dapat diselesaikan jika klien dapat bekerjasama dengan menceritakan, meluahkan masalah yang dihadapinya. Semasa proses intervensi berlaku, pekerja sosial akan mengenalpasti sama ada masalah yang dihadapi oleh klien kompleks atau sebaliknya. Ini penting bagi memudahkan pekerja sosial menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien.

Selain itu, di dalam target system terdapat juga client system. Di dalam client system, seseorang pekerja sosial hendaklah mengenalpasti siapa klien tersebut? Sama ada klien tersebut terdiri daripada golongan pelajar, ibu bapa, orang kurang upaya dan sebagainya. Ini penting bagi memudahkan pekerja sosial memikirkan kaedah, perkhidmatan yang terbaik yang patut digunakan jika klien system dapat diketahui terlebih dahulu.

Change agent system merupakan salah satu daripada indikator dalam target system. Di dalam change agent system, peranan pekerja sosial sangat penting dalam membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Sebagai contoh, jika seseorang pekerja sosial berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan didatangi dengan seorang ibu tunggal yang menghadapi masalah kewangan. Di dalam situasi ini, assessment of data hendaklah digunakan untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya daripada klien. Seseorang pekerja sosial hendaklah menggunakan pelbagai strategi terutama dari segi komunikasi. Komunikasi yang berkesan dapat memudahkan dalam menyelesaikan masalah klien.

Semasa proses assessment of data, klien menceritakan bahawa dia seorang ibu tunggal yang menghaapi masalah dari segi kewangan tambahan pula mempunyai anak seramai 5 orang, masih bersekolah dan tinggal menyewa di sebuah rumah. Sebagai pekerja sosial yang berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat, pekerja sosial hendaklah memikirkan kaedah terbaik yang dapat digunakan untuk membantu klien. Antara bantuan yang dapat diberikan adalah memberi wang saraan untuk anak yang masih bersekolah, untuk membayar sewa rumah, untuk perbelanjaan dapur dan sebagainay. Ini merupakan langkah permulaan yang digunakan bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh klien. Selain itu, Determination of outcome goals juga penting bagi mengetahui jangkaan yang akan diperolehi.

Di dalam Action System pula, terdapat 4 elemen yang digunakan di dalam model ini. Antaranya ialah Determination of strategies, Implementation, Outcome dan Evolution. Sebagai pekerja sosial, mereka hendaklah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreatif. Ini penting bagi memudahkan perancangan dan pelaksanaan strategi dapat dilakukan. Sebagai contoh, pada suatu hari, pekerja sosial ke Kampung Kalai untuk berjumpa dengan orang yang menghadapi masalah kemiskinan. Setelah perbincangan dilakukan, penduduk kampung telah bersetuju untuk menjalankan penternakan ikan secara berkelompok memandangkan banyak tanah yang mereka ada adalah bekas lombong. Sebelum projek dijalankan, mereka yang berminat hendaklah mengikuti seminar bagi mempelajari selok belok perniagaan yang akan dijalankan. Modal permulaan akan diberi oleh pihak kerajaan pusat. Sebagai pekerja sosial, kita juga hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu yang berkaitan dengan selok belok perniagaan. Dalam fenomena ini, pekerja sosial hendaklah menjadi pemantau dan penasihat dalam menguruskan hasil ternakan ikan tersebut. Sebagai contoh, dari segi pemasaran, pekerja sosial mencadangkan agar hasil ternakan akan dijual di pasar-pasar borong, dipasarkan di hotel-hotel yang berhampiran dan sebagainya. Semasa proses penilaian, pekerja sosial hendaklah sentiasa memantau projek tersebut bagi memastikan projek tersebut berjalan dengan lancar.

Tuesday, October 13, 2009

"Orang Kurang Upaya"

Malaysia merupakan sebuah Negara membangun yang sangat menitikberatkan kebajikan rakyatnya, terutama ke atas golongan orang kurang upaya. Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2007, " Orang Kurang Upaya" (OKU) boleh didefinisikan sebagai
“ Mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat ”.

Selain itu, orang kurang upaya (OKU) juga boleh didefinisikan sebagai ”Seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuh atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan semasa dari segi fizikal atau mental dan samada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu”.

Terdapat beberapa kategori orang kurang upaya (OKU) yang didaftarkan termasuklah Kurang Upaya dari segi Pendengaran, Penglihatan, Fizikal, Cerebral Palsy, menghadapi Masalah dari segi Pembelajaran, Down' SyndromeAutisma dan sebagainya.

Golongan ini juga hendaklah mendaftarkan keahlian dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membolehkan golongan ini mendapat hak keistimewaan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Antaranya ialah bagi pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), mereka diberi elaun khas dengan kadar sebayaran sebanyak RM300 sebulan dan bayaran akan dibuat sekali dalam satu semester. Selain itu, golongan OKU turut mendapat kemudahan dari segi Pengangkutan Awam, Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan, Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya, Kemudahan Peluang Pekerjaan di sektor Awam dan Swasta, Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan, Kemudahan Membeli Kereta Dan Motorsikal Nasional, Pencen Terbitan dan lain-lain lagi.

Mengikut Dasar Kebajikan Masyarakat Negara, Perkhidmatan Pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU) merangkumi "Kemudahan dan pengesanan awal disediakan bagi mereka (Orang Kurang Upaya) untuk menerima rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan. Usaha untuk mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat digalakkan agar mereka bersedia manghadapi keadaan sosial semasa."

Di samping itu, kerajaan juga menyediakan beberapa pusat perlindungan bagi golongan OKU. Antaranya ialah YOKUK ( Kelantan ), Taman Sinar Harapan (TSH),
Pusat Latihan Perinsustrian dan Pemulihan Bangi (PPLPP), Bengkel Daya, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Rumah Kelompok, Pusat Pemulihan Samarahan dan
POKUAT (Terengganu).

Sebagai kesimpulannya, kerajaan telah memperuntukan sejumlah wang yang besar dalam membela nasib golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan memberi keselesaan yang sewajarnya dalam membolehkan golongan ini meneruskan kehidupan seharian.

Monday, October 12, 2009

'The Solution – Focused Model'

‘The solution – focused model’ merupakan suatu model yang digunakan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Tujuan utama model ini diperkenalkan adalah untuk meningkatkan kefungsian sosial klien untuk bertindakbalas dengan persekitaran sekelilingnya. Selain itu, model ini digunakan untuk membantu meningkatkan keupayaan seseorang klien dalam menyelesaikan masalah serta memilih jalan yang terbaik bagi mengatasinya.

‘The solution – focused model’ turut digunakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh individu, kumpulan mahupun keluarga. Model ini digunakan oleh seseorang pekerja sosial apabila klien menghadapi masalah untuk berjumpa akibat daripada kesuntukan masa dan sebagainya. Model ini sangat berkesan dalam menangani masalah yang dihadapi oleh klien.

Terdapat pelbagai pengaruh antaranya pengaruh dari segi ekonomi yang telah memaksa pekerja sosial dan agensi yang memberikan tekanan ke atas kecekapan dan had masa untuk berjumpa dengan klien untuk menjalankan sesi kaunseling mahupun terapi.
Model ini juga mengandungi beberapa prinsip yang boleh digunakan semasa berhadapan dengan klien. Antaranya ialah bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh klien, perubahan dan penyesuaian masalah yang cepat adalah penting bagi memberikan kesan yang positif keatas diri klien.

Klien juga tidak perlu melakukan sesuatu perubahan yang akan memberikan kelegaan daripada perasaan ’distress’. Dalam menangani masalah yang dihadapi oleh klien, kebimbangan diantara perkara yang perlu dan tidak perlu dilakukan adalah penting.
Disamping itu, adalah tidak perlu untuk memahami penyebab kepada masalah klien dalam menyelesaikan masalah.

Terdapat banyak jalan penyelesaian dalam memahami sesuatu situasi. Selain itu, terdapat juga banyak cara untuk menggambarkan sesuatu keadaan dan menyelesaikan masalah yang memerlukan perhatian. Kerjasama daripada klien sangat penting bagi menggambarkan perkara atau situasi yang sebenarnya berlaku dan pekerja sosial akan sedaya upaya membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien.

Kebiasaannya, klien terdiri daripada individu atau keluarga yang mempunyai idea, kekuatan dan sumber dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Sebelum menyelesaikan masalah, punca masalah hendaklah dikenalpasti dan pekerja sosial akan memberi sokongan kepada klien dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Sebagai contoh, Puan Latifah iaitu seorang suri rumah yang menghadapi masalah setelah kematian suaminya. Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Puan Latifah berjumpa dengan pekerja sosial dan menceritakan masalah yang dihadapinya. Antaranya ialah Puan Latifah mengalami masalah dari segi kewangan terutamanya untuk perbelanjaan anak sekolah, untuk perbelanjaan dapur, bil dan sebagainya. Menurut model ini, Puan Latifah hendaklah bertenang, cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Selain itu, pekerja sosial hendaklah membantu Puan Latifah dengan mencari jalan penyelesaian dengan mengetahui kelebihan yang ada pada Puan Latifah. Antaranya ialah Puan Latifah sangat berminat dalam perniagaan kraf tangan oleh sebab itu, pekerja sosial hendaklah membantunya dengan mencari suntikan modal, mencari peluang untuk memasarkan produk, menambahkan pengalaman dengan menyertai seminar dan sebagainya. Keadaan ini boleh mengatasi masalah yang dihadapi oleh Puan Latifah.

Sebagai kesimpulannya, seseorang pekerja sosial hendaklah menggunakan ‘The solution– focused model’ dalam mengkategorikan apa perubahanyang klien lakukan dan adakah klien sudah bersedia untuk berubah. Selain itu, seseorang pekerja sosial hendaklah cuba untuk menganalisis dan memahami masalah yang dihadapi oleh klien. Pekerja sosial juga hendaklah menggunakan pelbagai kemahiran dan teknik bagi memastikan klien dapat mengawal masalah yang dihadapi dan seterusnya mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya.

Saturday, October 3, 2009

A Systems Perspective : The Pincus-Minahan Model





A system perspective emphasizes looking beyond a client's presenting problems to assess the complexities and interrelationships of problems. Through a systems analysis of a case, the most effective intervention targets and strategies can usually be identified. The most publicized systems model in social work literature is the Pincus-Minahan (1973) approach.

Pincus-Minahan theorized that there are four basic systems in social work practice:

~ A change agent system: is composed of professionals who are employed specifically
for the purpose of creating planned change.

~ A client system: is composed of the people who sanction or ask for the change
agent's services, who are the expected beneficiaries of the service, and who have a
working agreement or contract with the change agent.

~ A target system: is composed of the people, agencies, and organizational practices
that the worker wishes to change in some measurable way to reach the goals of the
change agent.

~ An action system: is used to describe those with whom the social worker works to
accomplish the tasks and achieve the goals of the change effort.

Cabaran kebajikan sosial pada hari ini dan masa depan

Malaysia merupakan salah sebuah Negara membangun yang sangat mementingkan kebajikan sosial rakyat berteraskan kepada konsep 1 Malaysia. Kebajikan sosial mempunyai maksud yang luas dan mengarahkan kepada kerja sosial, kebajikan umum dan program atau aktiviti yang berkaitan. Selain itu, kebajikan meliputi aspek fizikal, pendidikan, mental, emosi, spiritual dan keperluan ekonomi yang akhirnya membawa kepada peningkatan sosial dan kesejahteraan hidup manusia. Kebajikan sosial juga dikaitkan dengan satu sistem institusi sosial dalam masyarakat. Mengikut Zastrow (2000) mendefinisikan bahawa kebajikan sebagai “usaha untuk merubah atau meningkatkan keadaan sejahtera, baik dari segi fizikal, mental dan sosial ”.

Terdapat beberapa isu yang menjadi cabaran dalam kebajikan sosial pada hari ini dan masa depan. Antaranya ialah dari segi ekonomi. Di Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan salah satu institusi yang ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat. Antara tujuan utama JKM ditubuhkan adalah untuk membantu masyarakat yang berada didalam kesusahan terutamanya masalah dari segi kewangan. Namun pada hari peningkatan golongan yang menghadapi masalah telah menyebabkan peruntukan untuk sektor kebajikan sosial meningkat dan membebankan kerajaan. Mengikut Laporan Bajet 2005, perbelanjaan bagi sektor sosial adalah RM7.6 billion pada tahun 2005 dan peruntukan sebanyak RM141.6 juta untuk pembangunan kebajikan sosial.

Cabaran kedua yang terdapat di dalam kebajikan sosial ialah peningkatan masalah sosial. Keadaan ini berlaku ekoran daripada kepesatan pembagunan Negara di persada antarabangsa terutama dalam aspek ekonomi, sosial dan politik. Ekoran daripada perkembangan inilah, negara kita telah dilandai oleh budaya hedonisme. Budaya ini telah melonggarkan sistem kawalan sosial di negara kita dan telah menyebabkan keruntuhan akhlak dikalangan generasi muda. Antara contoh budaya hedonisme ialah pergaulan bebas, seks rambang, pengambilan dadah dan alkohol,dan sebagainya. Fenomena ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan wang ringgit bagi membendung masalah ini.

Cabaran yang ketiga ialah dari segi politik. Di dalam kebajikan sosial, karenah birokrasi dari sesetengah pihak telah menyebabkan rakyat menghadapi masalah. Kebanyakan peruntukan kewangan yang diberikan oleh kerajaan tidak sampai ke tangan rakyat. Selain itu, dasar yang dibuat oleh kerajaan kadangkala membebankan rakyat terutamanya golongan miskin.

Globalisasi juga merupakan salah satu cabaran yang terdapat di dalam kebajikan sosial. Seperti yang kita ketahui, globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit. Sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini mungkin melahirkan perhubungan antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia. Keadaan ini telah menyebabkan Negara menghadapi masalah akibat daripada globalisasi.

Thursday, October 1, 2009

Gambar lepak


Gambar ini menunjukkan golongan muda sedang lepak di tepi-tepi jalan.