BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 5, 2009

Tingkahlaku Tanpa Lisan Dalam Profesion Kerja Sosial

Komunikasi tanpa lisan merujuk cara komunikasi yang bukan berpunca daripada kandungan mesej. Apa yang diperkatakan secara lisan oleh individu mungkin disokong., disanggah, ditekankan, atau ditambah oleh beberapa penekanan tanpa lisan yang ditunjukkan oleh bahasa badan, mengalirkan air mata, ketawa, dan gaya suara yang digunakan. Sama ada kita sedar atau tidak, tingkah laku tanpa lisan juga sebenarnya merupakan suatu bahasa yang menjadi medium perantara bagi menyampaikan makna tentang diri kita dan merupakan suatu daripada cara komunikasi untuk menyampaikan mesej. Kajian Queenland University (2001) menyatakan 60% sehingga 90% mesej berjaya disampaikan menerusi komunikasi tanpa lisan.

Bagi memahami komunikasi tanpa lisan, kita hendaklah meneliti beberapa perkara. Antaranya ialah memerhati komunikasi tanpa lisan tanpa interpresi, melihat kedudukan, penggunaan isyarat dan menyedari gerak geri yang banyak memberi maksud, memerhati gabungan antara percakapan lisan dengan tanpa lisan jika gabungan antara percakapan lisan dengan bukan lisan memerlukan interpretasi. Kita juga hendaklah berhati-hati pada persamaan perlakuan, makna mengikut budaya, konteks dan individu. Memikirkan faktor bias dan prasangka serta memberikan perhatian kepada gerakan badan dan nada suara juga sangat penting dalam tingkah laku tanpa lisan.

Antara contoh tingkah laku tanpa lisan adalah seperti di bawah :

• Menggenggam tangan - Bermaksud marah.
• Berdiam diri agak lama - Bermaksud resah dengan respon
selepas soalan diajukan.
• Mengubah kedudukan - Bermaksud ingin menyatakan sesuatu
apabila orang sedang bercakap.
• Menundukkan kepala - Bermaksud sedih.
• Menyandarkan badan ke belakang - Bermaksud tidak berminat.
• Mengarahkan badan - Bermaksud berminat.
• Meletakkan jari di pipi - Bermaksud berfikir dengan serius.

0 comments: